Maklumat Syarikat

1375642_624128330943743_2142905284_n

>> Firus Sinar Industry FB Page <<

m001278457_sc7

Firus Sinar Industry Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penghasilan perabot khususnya perabot pejabat. Dengan pengalaman hampir 10 tahun, pelbagai produk perabot pejabat yang berasaskan kain/fabrik mampu dihasilkan.

Dengan status syarikat yang berstatus bumiputera, Firus Sinar Industry Sdn. Bhd. senantiasa dipanggil untuk menyertai tawaran-tawaran sebutharga dan tender kerajaan. Selain itu Firus Sinar Industry Sdn. Bhd. turut menjadi pembekal perabot pejabat kepada pusat-pusat pameran perabot seluruh negara.

Dengan penjenamaan semula ini juga, produk-produk syarikat yang dihasilkan turut diuji di pusat penyelidikan FRIM di Kepong, Selangor dibawah kualiti British Standard. Selain itu jaminan produk-produk meliputi pelbagai aspek akan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Dengan menjadi perintis pembuat perabot pejabat berasakan fabrik bumiputera yang pertama di Negeri Perak, Firus Sinar Industry Sdn. Bhd. sentiasa komited untuk membantu mereka-mereka yang ingin menceburi bidang ini.

 

Makluman Pendaftaran GST

 

Berkuatkuasa 1  April 2015, dua syarikat dibawah menggunakan nombor GST seperti berikut:

1. Firus Sinar Industry Sdn Bhd (0%GST)

Nombor pendaftaran GST: 002073804800

 

2. Firus Sinar (0% GST)

Nombor pendaftaran GST: 001510203392